PROSEDUR MEMINJAM PERALATAN UKUR DI BENGKEL UKUR JKA,PKS
1. Muat turun borang pinjaman dan cetak borang berkenaan daripada link dibawah.
2. Isi maklumat yang terdapat dalam borang dengan lengkap sebelum memasuki bengkel ukur seperti contoh:
- Nama Peminjam
- Kelas
- Kumpulan
- Tarikh & Masa Pinjaman
- Nombor telefon peminjam
- Tanda tangan
3. Setelah memilih alat yang hendak dipinjam, sila tulis nama alat tersebut beserta nombor siri dengan jelas. Bagi alat yang tidak mempunyai nombor siri, sila tulis tiada nombor siri.
4. Periksa peralatan yang hendak dipinjam dengan teliti. Jika ada sedikit kecacatan atau keraguan kerosakan pada alat, sila tulis maklumat keadaan alat tersebut pada ruangan yang disediakan pada borang pinjaman.
5. Akhir sekali, peminjam dikehendaki menandatangan pada borang pinjaman bagi mengesahkan bahawa peminjam tersebut bertanggungjawab sepenuhnya setelah alat dikeluarkan daripada bengkel ukur.
PROSEDUR MEMULANGKAN PERALATAN UKUR DI BENGKEL UKUR JKA,PKS
1. Bersihkan peralatan yang dipinjam daripada sebarang kotoran dan lap dengan kain sampai kering jika basah.
Periksa alat dipinjam dihadapan pensyarah berkenaan.
2. Simpan alat setelah alat tersebut diperiksa dan ditanda oleh pensyarah.
3. Susun alat ditempat asal dan pastikan tersusun dengan rapi seperti kedudukan asal.
PERINGATAN KEPADA PELAJAR
Pelajar yang gagal mengikut prosedur di atas tidak akan dilayan untuk berurusan pada hari tersebut.
PERINGATAN KEPADA PELAJAR
Pelajar yang gagal mengikut prosedur di atas tidak akan dilayan untuk berurusan pada hari tersebut.