PERATURAN AM


PERATURAN AM BENGKEL & MAKMAL GEOMATIK
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Pengguna bengkel & makmal diingatkan untuk mematuhi arahan-arahan berikut semasa menggunakan Bengkel & Makmal Geomatik

Sebelum masuk BENGKEL & MAKMAL
  1. Pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai untuk sesi amali/kelas.
  2. Pelajar DILARANG memasuki bengkel/makmal TANPA KEBENARAN PENSYARAH.
  3. Pelajar DILARANG membawa beg semasa memasuki bengkel/makmal.

Semasa meminjam alat di BENGKEL
  1. UTAMAKAN KESELAMATAN.
  2. DILARANG MAKAN & MINUM.
  3. Pelajar DILARANG mengambil alat TANPA KEBENARAN PENSYARAH.
  4.  Pastikan alat berada dalam keadaan yang baik sebelum melakukan peminjaman.
  5. Gunakan borang pinjaman alat yang betul.
  6. Pastikan borang pinjaman alat dilengkapkan dan ditandatangani pensyarah sebelum dibawa keluar.
  7. Sila patuh semua arahan yang terdapat dalam bengkel.
  8. Sebarang KECUAIAN semasa proses peminjaman alat adalah tanggungjawab semua ahli kumpulan.

Semasa menggunakan MAKMAL
  1. Sila isi buku penggunaan komputer.
  2. DILARANG mengubah susun atur MAKMAL.
  3. DILARANG mengubah tetapan pada komputer.
  4. DILARANG MAKAN & MINUM.

Semasa memulangkan peralatan ke BENGKEL
  1. Pastikan alat dalam keadaan yang baik dan dibersihkan.
  2. Pastikan semua peralatan diletak ditempat asal dan disusun dalam keadaan kemas dan teratur.
  3. Pastikan semua peralatan yang dipinjam telah dikembalikan.

 Sebelum meninggalkan BENGKEL & MAKMAL
  1. Pastikan bengkel/makmal dalam keadaan kemas dan bersih.
  2. Pastikan semua suis telah dipadamkan.
  3. Pastikan semua tingkap dan pintu ditutup dan dikunci.



PERATURAN PEMAKAIAN SEMASA AMALI
  1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
  2. Baju 'T' berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju 'T' tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  3. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
  4. Berkasut & berstoking.
  5. Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.
  6. Contoh pemakaian pelajar lelaki yang DIBENARKAN.

     7.  Contoh pemakaian pelajar perempuan yang DIBENARKAN.



PERATURAN DISIPLIN

Sila rujuk Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia


DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Politeknik Kuching Sarawak mempunyai iltizam yang tinggi untuk memastikan isu-isu keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) diberikan tumpuan yang amat penting dalam semua aspek pekerjaan yang dilaksanakan. Agenda tersebut akan diterapkan kepada semua warga PKS dan semua pihak yang berurusan dengan PKS supaya ianya menjadi satu budaya kerja yang utama.


PENALTI KEROSAKAN ALAT DI PINJAM
  1. Pelajar yang berurusan meminjam alat daripada bengkel ukur adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA terhadap peralatan yang dipinjam tersebut setelah dikeluarkan dari bengkel ukur. 
  2. Sebarang kerosakan dan kehilangan akibat kecuaian akan dikenakan penalti oleh pensyarah yang bertugas. Bentuk penalti bergantung kepada budi bicara pensyarah dan pelajar. 
  3. Pelajar akan menanggung kos baik pulih jika kecuaian tersebut mengakibatkan kerosakan kekal terhadap alat dipinjam.