SELAMAT DATANG KE BLOG BENGKEL UKUR




Tujuan blog ini adalah untuk memudahkan pelajar-pelajar Politeknik Kuching Sarawak khususnya bagi Program Geomatik & Program Kejuruteraan Awam mengenali Bengkel Ukur dengan lebih dekat lagi. Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan oleh pelajar bagi membantu proses amali di lapangan. 

Blog ini bertujuan juga untuk mendedahkan pelajar mengenai:
  1. Peraturan-peraturan yang ada di bengkel ukur; 
  2. Peralatan ukur yang boleh dipinjam;
  3. Susun atur peralatan ukur di dalam bengkel;
  4. Prosedur peminjaman dan pemulangan alat ukur; dan
  5. Penjagaan Alat 
Selain itu, kandungan blog ini juga menyediakan maklumat ukur seperti:
  1. Nilai titik kawalan dan kedudukannya.
  2. Nilai ketinggian bench mark (BM) dan temporary bench mark (TBM)
Bagi memudahkan pelajar merekod data-data yang dikumpul, blog ini juga menyediakan borang-borang ukur yang boleh dimuat turun seperti:
  1. Borang pembukuan terabas.
  2. Borang ukur aras.
  3. Borang Ujian EDM.
Diharapkan pelajar-pelajar dapat menggunakan blog ini sebagai rujukan utama sepanjang menggunakan peralatan di Bengkel Ukur JKA.